ULASAN | Biro Alam Sekitar, Krisis Iklim dan Orang Asli (Bako) mengecam kerajaan negeri Selangor kerana senyap-senyap menyahwartakan 67.6 hektar hutan simpan kekal di kawasan Kinrara untuk “pembangunan bercampur”.
Mengikut laporan oleh platform berita Scoop.my yang bertajuk “Degazetted: 67.6 Hectares land in Kinrara, Puchong, for mixed Development” pada 18 Disember 2025 oleh Ravindran Raman Kutty, beliau mempersoalkan keputusan kerajaan negeri terhadap keputusan penyahwartakan Hutan Simpan Ayer Hitam di Puchong.
Hutan ini merupakan salah satu hutan hujan tanah rendah (atau Hutan Dipterokarpa Pamah) di Selangor, dan penyahwartaan hutan ini akan mengakibatkan kehilangan kawasan tadahan air, pencemaran air dan juga pemusnahan ekologi.
Tindakan ini akan menyebabkan berlakunya bencana alam, pencemaran bekalan air dan peningkatan beban ekonomi rakyat Selangor.
2026-01-05T04:04:00Z
