SETIAP tahun, kedatangan Ramadan pasti dinanti-nantikan, bukan sahaja untuk keberkatan bulan mulia ini, tetapi juga kemeriahan bazar yang menjadi tumpuan ramai.
Bazar Ramadan sememangnya ‘syurga’ buat para pemburu juadah berbuka. Daripada kelazatan tradisional seperti kuih-muih warisan, ayam percik yang membakar selera, murtabak panas yang menggelegak, hinggalah air balang dengan warna-warni ceria, semuanya tersedia di bawah satu bumbung.
Namun, bazar ini lebih daripada sekadar lokasi membeli makanan. Ia adalah denyut nadi ekonomi setempat yang menjadi punca rezeki kepada ribuan peniaga kecil, termasuk golongan B40 yang sangat mengharapkan musim ini untuk menyara keluarga.
Jadi, buat anda yang suka merancang menu berbuka atau ingin memulakan perniagaan, berikut adalah senarai lokasi Bazar Ramadan 2026 di sekitar Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Puchong
- Dataran Niaga Puchong Permai (Persiaran Puchong Permai)
- Taman Puchong Utama (Jalan PU 7/2)
- Bandar Bukit Puchong (Jalan BP 7)
- Persiaran Saujana Puchong (Jalan SP 3)
- Jalan Puteri 7/1, Bandar Puteri (Berhampiran Pangsapuri Sri Begonia)
- Taman Puchong Perdana (Jalan Kekwa 2 & Jalan Perdana 3/1)
- Taman Puchong Prima (Jalan Prima 1)
