PUCHONG – Seorang penumpang wanita berusia 19 tahun maut selepas kereta e-hailing yang dinaikinya hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Jalan Puchong Batu 14, berhampiran stesen minyak BHP Kampung Baru Puchong, di sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 malam itu, dua lelaki termasuk pemandu e-hailing berusia 49 tahun dan seorang lagi penumpang berusia 21 tahun mengalami cedera ringan.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong bersama sebuah jentera FRT dan EMRS dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.15 malam.
Source: MalaysiaTribune
23/10/2025
