Puchong: Walaupun berbeza kaum dan agama, Dr Anngerliz H’ng dan keluarganya turut meraikan Hari Deepavali yang disambut jirannya dikenali Dr Ajantha, semalam.
Semangat kejiranan dan perpaduan antara mereka juga dapat dilihat menerusi video dimuat naik Anngerliz, 38, di TikTok yang meraih lebih 240,000 tontonan.
Menerusi video itu, kelihatan keluarga Cina dan India, baik yang muda mahupun berusia bersama-sama membersihkan sisa mercun dibakar di halaman rumah mereka.
Meninjau ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap kejiranan keluarga berkenaan kerana mencerminkan keperibadian sebenar rakyat Malaysia yang berbilang kaum namun boleh hidup aman damai
Source: Kongsi detik indah sambut Deepavali bersama jiran
2025-10-23T02:41:00Z