Pada 4 Disember 1982, akhbar Utusan Malaysia melaporkan dua orang mati tertimbus dan seorang lagi cedera parah apabila sebahagian daripada rumah yang mereka diami ditimbus tanah runtuh sedalam 1.3 meter di Taman Tenaga, Kampung Tenaga, Jalan Puchong, Selangor.
Dua lelaki yang terbunuh dikenali sebagai Osman Omar, 27 tahun, seorang juruteknik Jabatan Telekom dan adik iparnya, Ahmad Zaki Man Hussein, 21 tahun yang merupakan pekerja kilang Motorola. Isteri Allahyarham Osman, Ramziah Man Hussein, 25 hanya mengalami kecederaan.
Sources: Dua lelaki mati tertimbus tanah runtuh di Puchong - Utusan Malaysia
2026-01-09T01:23:00Z
